here we go....

LilySlim Weight charts

Saturday, 21 January 2012

merentasi daerah

hype!
semalam tak sempat nak update sebab outstation. ceewaahh..ayat nak korporat. ceh! ekceli, ari jumaat yang lepas aku pegi berjalan-jalan melawat malaysia...tolong my dad bisnes..almaklumlah my sis baru sampai dari utara so my dad bawak la kitorang jalan-jalan masuk kampung..

tolong dy jadi pomen aka mekanik kereta sementara, hikhik. seronok kan bila tengok orang berpuas ati dengan  apa yang kita buat. after 10 minutes je dah boleh tengok result. dulu, aku pun macam buat endah tak endah ja dengan bisnes mydad niy. yela, before this pun macam-macam bisnes yang dy buat untuk sara family. i'm proud to be daughter of my dad sebab dy pandai cari duit.

okeyh, back to our journey last weekend, dari melaka kitorang ke jelebu, negori sombilan, --> hulu langat, selangor --> labis --> segamat.. end kat segamat sebab hari dah larut. badan perlu berehat, isi minyak untuk dapatkan tenaga esok.

keesokan hari, pagi-pagi lagi da bangun sebab selalunya kalau time study, selagi matahari tak terpacak atas kepala, jangan harap la aku nak bangun. memang tak buley wat calon bini langsong..ekekee so, dari segamat -->felda keratong,pahang --> temerloh,pahang--> segamat --> melaka. fuhhh fuhhh fuhhh..perjalanan ari niy memang memang memang errrr memang apa? aku ingat kan jalan nak ke kelantan je yang adventure, rupa-rupanya dalam malaysia ni ada lagi jalan yang lain yang adventure. on the way dari felda keratong ke temerloh, jalan dy memang the best gua cakap lu...udahla jalannye macam ular berbelit-belit, jauhnya kemain lagi..aku kat melaka mana ada jalan yang jauh-jauh..dari alor gajah nak ke ayer keroh pun kejap je..kiri kanan penuh dengan bangunan-bangunan..tak macam kat pahang, kiri kanan hutan..tapi sepanjang perjalanan aku adala melintasi beberapa tempat perlancongan macam tasek chini, tasek bera..CANTEK OKEYH! korang pernah tengok tak pokok kelapa sawit yang diracun (dah mati la) tapi just tinggal batang je, kat bawah ada pokok kelapa sawit yang ditanam baru. serius! terpegun kejap. aku kat utara mana ada kelapa sawit. tau-tau je la kalau dah nampak pokok sawit tu. memang 'perak' habis la kan...hahahaha tapi yang ruginya aku lupa nak bawak camera. so snap pic simpan dalam memori otak je la..kuikuikui..

esok, aku balik utara pulak...ingat nak jalan-jalan kat shah alam dulu..tapi apa yang best kat shah alam? ict? yang lain? any ideas...?

No comments:

Post a Comment