here we go....

LilySlim Weight charts

Saturday 21 January 2012

i got the feeling :)

ohh yeah!
selamat tahun baru cina untuk orang yang berbangsa chinese...ari ni ari makan besar kan? hopefully jalan tak jem..malas la aku nak bawa roti untuk bekalan...hikhikhik...

today, 22 Januari 2012, aku akan menjejaki kampung halaman tercinta setelah setahun tak balik! feewitt lama gila rasa tak balik. rindu okeyh! tak sabar nak jumpa miow miow kat umah..mesti dah besar-besar kan...

aku akan menyepi untuk 2-3 ari atau 4-5 ari..korang jangan rindu-rindu aku taw..kuikuikui perasan!

merentasi daerah

hype!
semalam tak sempat nak update sebab outstation. ceewaahh..ayat nak korporat. ceh! ekceli, ari jumaat yang lepas aku pegi berjalan-jalan melawat malaysia...tolong my dad bisnes..almaklumlah my sis baru sampai dari utara so my dad bawak la kitorang jalan-jalan masuk kampung..

tolong dy jadi pomen aka mekanik kereta sementara, hikhik. seronok kan bila tengok orang berpuas ati dengan  apa yang kita buat. after 10 minutes je dah boleh tengok result. dulu, aku pun macam buat endah tak endah ja dengan bisnes mydad niy. yela, before this pun macam-macam bisnes yang dy buat untuk sara family. i'm proud to be daughter of my dad sebab dy pandai cari duit.

okeyh, back to our journey last weekend, dari melaka kitorang ke jelebu, negori sombilan, --> hulu langat, selangor --> labis --> segamat.. end kat segamat sebab hari dah larut. badan perlu berehat, isi minyak untuk dapatkan tenaga esok.

keesokan hari, pagi-pagi lagi da bangun sebab selalunya kalau time study, selagi matahari tak terpacak atas kepala, jangan harap la aku nak bangun. memang tak buley wat calon bini langsong..ekekee so, dari segamat -->felda keratong,pahang --> temerloh,pahang--> segamat --> melaka. fuhhh fuhhh fuhhh..perjalanan ari niy memang memang memang errrr memang apa? aku ingat kan jalan nak ke kelantan je yang adventure, rupa-rupanya dalam malaysia ni ada lagi jalan yang lain yang adventure. on the way dari felda keratong ke temerloh, jalan dy memang the best gua cakap lu...udahla jalannye macam ular berbelit-belit, jauhnya kemain lagi..aku kat melaka mana ada jalan yang jauh-jauh..dari alor gajah nak ke ayer keroh pun kejap je..kiri kanan penuh dengan bangunan-bangunan..tak macam kat pahang, kiri kanan hutan..tapi sepanjang perjalanan aku adala melintasi beberapa tempat perlancongan macam tasek chini, tasek bera..CANTEK OKEYH! korang pernah tengok tak pokok kelapa sawit yang diracun (dah mati la) tapi just tinggal batang je, kat bawah ada pokok kelapa sawit yang ditanam baru. serius! terpegun kejap. aku kat utara mana ada kelapa sawit. tau-tau je la kalau dah nampak pokok sawit tu. memang 'perak' habis la kan...hahahaha tapi yang ruginya aku lupa nak bawak camera. so snap pic simpan dalam memori otak je la..kuikuikui..

esok, aku balik utara pulak...ingat nak jalan-jalan kat shah alam dulu..tapi apa yang best kat shah alam? ict? yang lain? any ideas...?

Thursday 19 January 2012

selamat pagi jumaat!

pejam celik pejam celik, arini dah masuk ari jumaat. kejap je masa berlalu. rasa macam umo 6 taun je.. dulu kecik-kecik suka maen kawen-kawen. sekarang bila da besar cam takut lak ase nak kawen..kawan2 semua dah  melangkah ke alam lain. aku kat alam alien ke sekarang? hahaha..

forget about the kawen2 lah makcik! umur baru belasan taun.. <sila muntah!> okeyh! motip sebenar post pepagi niy sebab excited baru buat header baru. almaklumla baru nak jadi blogger tegar. mampukah? wink..we wait and see..berapa lama aku boley bertahan menghapdate dengan entry-entry yang sangat best bosan..

comel tak header tu? tapi rasa macam kosong jea..ehem ehem, nak tambah apa lagi ea? garam gula..atau gambar awek cute tuan belog ni? 

♥kenapa wanita sering menangis???♥


Allah berfirman:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita,
ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku... membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia,
namun,
harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan ”

“Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya ”

“Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh ”

“Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ”

“Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya ”

“Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu”

“Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kau tahu...
kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan,
atau bagaimana ia menyisir rambutnya.”

“Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya..
Tempat dimana cinta itu ada.”


subahanallah...agungnya kuasa Allah s.w.t...
walaupun airmata ini sering mengalir jatuh kebumi, tapi aku redha dengan ketentuannya..
ku yakin, apa yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi..
dan pasti ada yang lebih baik pada hari yang mendatang..
insyaAllah...

Tuesday 17 January 2012

suka dan dendam

Assalamualaikum...

semakin hari aku semakin tak faham dengan org-org sekeliling.
aku tak faham kenapa mesti ada dendam.
kenapa mesti ada benci.
hidup dengan aman tak boleh ke?
dulu...
suka..
tapi bila timbul rasa ketidakpuasan hati, mulalah nak bergaduh
sikit nak pendam dalam hati.
pastu lama-lama bebukit.
timbul pulak perasaan dendam.
last sekali benci. mula la nak berbalas-balas kan.
tak boleh ke kita nk hidup saling bermaaf-maafan.
bila dah berdendam, syaitan dah mula nak kuasai hidup kita.
tak sedar ke tu semua?
saban hari aku melihat.
makin hari hati makin sakit.
tak tertahan rasanya.
manusia semuanya tak lari dari kesilapan.
kenapa perlu menghukum?
anda siapa????
sekarang puas hati bila dendam terbalas?
apa yang anda dapat wahai manusia..?
tepuk dada tanya hati.
tanya diri.
untuk apa anda hidup di dunia ini.

bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum...
setelah sekian lama aku mendiamkan diri dari dunia blogger.
kini hati aku terpanggil lagi untuk menghasilkan karya-karya penulisanku yg bertarafkan kindergarden.

untuk sekian kalinya, jam 5.02 pagi, bertarikhkan 18 Januari 2012
aku merasmikan pembukaan diari digital ku! (clap clap clap!!!)

tq~~~