here we go....

LilySlim Weight charts

Sunday 19 February 2012

mulakan dengan bismillah..

selamat pagi isnin. selamat pagi dunia.
arini semangat bangun awal.
celik pejam celik pejam dah hampir 5 tahun aku berada di bumi hang tuah ni..kejap je masa berlalu..tanda-tanda nak kiamat..kita ni dah berada di akhir zaman...takut pulak bila fikirkan hari kiamat..tak cukup lagi bekalan untuk kubawa kesana :(

arini, bermula chapter baru dalam kehidupanku sebagai seorang pelajar. semenjak dah jadi
"senior" niy, perangai kemalasan semakin membuak-buak...caner tuh...hekhek

sekarang aku dalam dilemma lagi untuk tajuk final year projek aku..fenin-fenin..tapi dalam fenin-fenin tu, tiap-tiap ari movie je yang aku hadap. cakap citer ape, semua aku dah khatam sekarang. kalau dulu, asyik tengok lappy, buat esaimen, sekarang, asalkan bukak lappy je mesti bukak movie. laalalala...

tapi kan...

cian mak ayah aku..penat-penat cari duit bagi anak-anak belajar..aku kat sini suka-suka berjoli sakan yer..hukhuk tetiba rasa bersalah pulak..haish..

semangat belajar masih kuat, tapi bila fikirkan fyp a.k.a  psm tuh, gigil-gigil lutut aku niy...ibarat orang yang baru-baru bercinta tu..tido tak lena, mandi tak basah, makan kenyang sokmo..hahaha. ee tak faham aku pepatah tu..napa mesti makan tak kenyang? kalau dah namanya makan, mestila makan sampai kenyang..kesian rezeki tuhan bagi, membazir je... :P

jom mulakan ari ni semester ini dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim...
(bajet jadi pengetua nak rasmikan majlis dalam majlis perasmian kat skola dulu)

hihihihi :D

Friday 17 February 2012

syukur dengan apa yang ada


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.


Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.


Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.


Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.


Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.


Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.


Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.


Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.


Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup ... =)

Saturday 11 February 2012

jom 3P

3P? 
apakebendanyatuh?


3P - Pandai
     - Perli
     - Perempuan


ops! tu tuk orang2 yang suka kutuk orang perempuan la kan. hahahaha. sorry for those yang tertacink. just joking. tak yah la nak tacink-tacink sangat pepetang ni. makan biskut cicah kopi. slurppp.lagi lazat okeyh dari tambah dosa kutuk-kutuk orang.


okeyh. stop it. mengarut je semua tu. just nak cerita about 3P. its a program. 3P stands for 'Program Pertauliahan Professional'. anjuran Prestariang. 3P is "IN EFFORTS to bridge the knowledge gap between technology and skill sets in today's competitive job markets, the Ministry of Higher Education (MoHE) and Prestariang Systems Sdn Bhd (PSSB) have embarked on a industry-based certification initiative that is more relevant to industry needs, known as 'Program Pentauliahan Profesional' (3P). Targeted for IT & IT-related final year students, 3P will complement the degree/diploma awarded by the Universities & Polytecnics/Community Colleges.". 


nah, copy paste sejibik-sejibik.
aku dah 2 kali join 3P niy. first time dulu masa diploma..time tu course limited. uni tak bagi pilih program lain except Comptia A+.. padahal banyak je course lain yang di offer. alasan: the rest cert is for degree student. kejam gila kan? tp okay la. that time mmg enjoy the program. dapat pulak instruction yang kepala gila-gila. takde la stress sgt bila kena belajar time cuti-cuti semester. orang suka-suka balik kampung bercuti, aku kena pergi kelas tuntut ilmu. hoho. cian orang-orang kampung, mesti rindu-rinduan kat aku kan? heh. bajet femes lettew..kehkehkeh.

masa time ComptiaA+ tu, aku belajar everything about computer hardware. sangat best. belajar repair computer, operate laptop. the boom la wa cakap lu. hekhek. masa tu, budak-budak agy. bila dah bukak laptop memang teruja la kan. before this, just bukak pc je. tu pun takut2. nama pun perempuan, tak de la berani nak explore lebih-lebih. alasan! :)

actually this program for those yang gedik suka nak kumpul2 certificate. orang cakap, kalau ada certificate, esok dah kerja senang nak demand gaji. yeke?

for this time, aku join class CCNA. CCNA ni certificate for networkers. as network student, mesti la aku nk jadi networkers kan. gaji banyak berkodi kodi cakap you. tp orang cakap hidup networkers takde life. ehhh? tp bagi aku, as long aku enjoy with something, that's my life. ada aku kesah? hahahaha

okeyh, let me explain what is CCNA.

CCNA stands for Cisco Certified Network Associate. menda alah ni la yang aku belajar since aku belajar kat uni niy.. this certificate used for worldwide punye. not just in malaysia je. so, after this kalau nak g keje kat france ke, US ke..pogila..sanggup atau tak je..hehehee...

this program under Cisco. for those yang suka dalam network, i mean network in ict technology, bukan MLM okeyh, ley la amek cert ni.. memang bagus. this professional cert let u to be an network engineer or anything yang berkaitan dengan ict technology. tapi, kalau amek sendiri, bukan under program macam yang dianjurkan 3p niy, memang pening kepala la nak cari duit sebab cost tuk amek this cert is about RM 1000. as a student like me, mana la nak mampu kan.. telan air liur jela..hahahaha

this program only for 15 days. pergi pukul 9 balik pukul 5. ahad cuti. fuhh..dah macam orang bekerjaya aku rasa. penat tak henggat. yela, kalau time study, pergi campus just bila ada kelas. one days, just ada 2 or 3 class. class pun takde la straight dari pagi smpai petang. dulu kalau time diploma yela, semua kelas nak wat dalam satu ari, macam takde ari lain je nak buat kan. hahaha cian lecturer2 asyik kena nyumpah je ngn student2. nak2 kalau ada kelas ganti. hambekk la. berkati kena sumpah. kehkehkeh. maaf yer encik2 puan2. saya taubat!

sekarang dah ari ke 12, ada 2 ari je tuk study sbb ari rabu da exam. waaa!!! tatut...soalan ccna ni lain macam sket. every week mesti soalan bertukar. even amek exam in same days pun, soalan aku ngn kawan2 yang lain tak semestinya sama. serammmmmmmmmm

tahap kenervesan aku semakin tinggi. doakan shayer yer kawan2...hehehe
if ada sapa2 yang dah berpengalaman, please advise me what to do for the preparation..hehehe TQ :)

*orang cakap, tuntut ilmu biar sampai negeri china..tapi kalau nak tuntut sampai korea camne? wait for me Lee MinHo. aww aww :P

Friday 3 February 2012

wahai lelaki

wassup wassup! dah bersawang blog niy..
ari just quick update..
terjumpa benda niy dalam facebook...

apa kata anda wahai insan bernama lelaki?